Tuesday 26 April 2016

♥ The Way to Get Started is...

....to quit talking and begin doing.

                                               - Walt Disney -

Saturday 5 March 2016

♥ SIHAT CARA RASULULLAH






Info dari : FB https://www.facebook.com/Peminat-Ustaz-Kazim-Elias-627240697356376/?fref=photo

♥ TUTORIAL MEMBUAT MADU RUQYAH

Sangat bagus diamalkan oleh:
- Mereka yang terkena gangguan sihir, jin, dan 'ain
- Penderita Penyakit-penyakit kritikal (kanser, tumor, dll)...

- Susah dapat anak
- Penghidap penyakit kulit
- Dan lain-lain.



Silakan cuba. Semoga bermanfaat.
Oleh Ustaz Eri Abdul Rohim

 
air minerl/air zamzam
madu
cawan
sudu plastik

 
cara2:
1) pastikan masa sblm buat, berwuduk dulu, solat hajat 2 rakaat atau buat selepas habis solat

2) madu bukan dimakan, mesti diminum (dicampur air).
3) masukkan satu atau dua sudu madu dalam cawan + masukkan 3) zamzam. kacau ikut arah lawan jam. sambil kacau boleh baca zikir. cth: 'lahaulawala Quwatailla billa hila'liazim.. atau..hasbunallah..etc.
4) mesti yakin dgn Al-Quran yang Allah telah turunkan sebagai penyembuh.
5) Baca Al-Fatihah + Ayat Qursi + Al-Ikhlas + Al-Falaq + An-Nas, baca ini pun sudah cukup. Diulang 3 kali. hembus pada air setiap kali habis surah dibaca. kemudian sebut niat kita dan sakit kita.
6) Jika ingin menambah surah, boleh ditambah surah Al-A'raf ayat 117-122 + surah yunus ayat 81-82 + surah Toha ayat 69 (ayat2 pembatal sihir)-baca ulang 3 kali.
7) ketika membaca itu boleh diselang2 sambil berdoa pada Allah. niatkan. ingat, doa adalah senjata kita utk melawan penyakit itu.
8) Biasanya akan ada sedikit reaksi dari badan selepas 7 minit, cth jika disihir mungkin akan menjerit sakit atau muntah. biarkan sahaja. In shaa Allah, akan baik sendiri.


Info dari FB Ustad Eri Abdul Rohim :
https://www.facebook.com/eriabdulrohimpage
http://eriabdulrohim.com/











Thursday 11 February 2016

♥ KEAJAIBAN SEDEKAH SUBUH





CARA MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.
1. Sediakan sebuah bekas transparent (pandang tembus) seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH +... NAMA ANDA.
2. Letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)
3. Setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa RM/sen ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda dengan terperinci (untuk dunia dan akhirat)
4. Doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham (doa awal pagi akan diaminkan oleh para malaikat )
5. Waktu mustajab ialah waktu matahari mula terbit (selepas solat subuh) dan sebelum waktu syuruk. Kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak waktu yang paling mustajab, maka segerakanlah. Jangan terlepas waktu syuruk tu.
6. Simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.
7. Secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? ( seperti ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas, berniaga/kesihatan diri dan keluarga) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu amat luas.
8. Apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti
9. Sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH


APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?
Antara cadangan :
1. Beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin:
Ada hamba Allah yang bertugas melaksanakan kerja amal ini, setiap pagi dia bangun jam 2.00 atau paling lewat jam 3.00 pagi untuk memasak bagi anak-anak yatim tu.
Duit yang dikumpulkan diamanahkan kepadanya untuk dia memasak dan mengagihkannya.
Setiap hari seramai 30-40 orang anak yatim dan miskin mendapat sarapan pagi hasil dari wang SEDEKAH SUBUH hamba-hamba Allah.
Ada yang sudah mula mengamalkannya selama10 tahun yang lepas
2. Cadangan kedua:
Agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu


TUGAS ANDA SEKARANG?
1. Laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. Viralkan projek ini - saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti
DAN JANGAN LUPA - siarkan kisah suka duka anda kepada sahabat2 anda atau kongsikan di kumpulan whatsapp anda
Cuba amalkan PROJEK SEDEKAH SUBUH ini bermula dari kampung hingga ke peringkat daerah dan kalau boleh terapkan bersama jemaah yang anda dirikan...
Ini akan menjadi dakwah kepada kita semua.
Selamat beramal dan semoga kumpulan SEDEKAH SUBUH akan berkembang dengan berkat kerjasama serta sumbangan ikhlas anda semua..


Info : FB Ustaz Nasir

♥ Khasiat Pokok Belalai Gajah

Assalammualaikum wrh wbh...
Mohon dikurniakan kesihatan yang baik bagi para pembaca sekalian. Sudah sekian lama saya tidak menaip sesuatu utk kita semua. Pada hari ini ingin sekali saya bercerita perihal "BELALAI GAJAH". Ramai diantara kita yang masih tidak mengetahui khasiat daun Belalai Gajah. Sebelum ini saya juga begitu. Memang boleh dikatakan zero info berkenaan dengan pokok ini. Sehinggalah saya terbaca perkongsian sahabat melalui WhatsApp.. berikut adalah antara khasiatnya..


Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.
Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.



Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 

- Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.
- Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.


Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :

 - Stage 1 : 30 daun setiap hari
- Stage 2 : 50 daun setiap hari
- Stage 3 : 100 daun setiap hari
- Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
· masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
· masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
· tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
· masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
· masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
· blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
· jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
· Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.


Info diambil dari : http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.my/2014/01/khasiat-daun-belalai-gajah-pengalaman.html





♥ FATIHAH UNTUK MOHON HAJAT



Sheikh Mahayuddin Bin Al Arabi Khadas Allah Serah berkata;
Siapa siapa ada hajat,hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali,selepas sembahyang
Maghrib,jangan ia bergerak dari tempat duduknya,hingga selesai membaca menurut
bilangan yang tersebut.
Setelah itu bermohon lah ia kepada Tuhan akan hajatnya insya Allah di qabulkan.
AMALAN INI TELAH DI BUAT SANGAT MUJARAB



Info : http://al-fatihaku.blogspot.my/2011_06_07_archive.html

Tuesday 17 November 2015

♥ Mahukan Anak Cemerlang ? Ini Petua dari Dato' Terlajak Laris..

Ape yg menarik dgn kehidupan Dato terlajak laris n Datin yg dikongsikan?
1. Dato & datin x pernah bg hp, tab, gajet2 kpd anak2. Jadual ank2 penuh dgn mase belajar bhs cina, india, english, mengaji dll. Mase lebih yg ade akn diluangkn bersame kluarga.
2. Anak2 dibolehkn tgk tv hanya pd Hari Sabtu & 2jam sahaja.
3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sbg syarat ade dlm rumah (kdg2 org guna utk berlakon).
4. Dato g keje bawa bekal & wajib utk anak2 bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tgn seorang ibu kpd ank2 & isteri sgt2 bagus.
5. Anak2 sekolah swasta. Dato hnya bg duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bp kpd kwn2 ank2 nye bg rm10/hari.
4. Dato akn bawa ank2 ke rumah ank yatim 2 bulan sekali utk ank2 tido sna & rasai same2 kehidupn susah sng ank2 yatim yg tiade ibu bp dan tengok sendiri perasaan mereka bile terima sumbangan.
5. Dato akn pastikn anak2 tahu rase susahnye nk cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bile ank2 dh besar klu nk kereta kene rase dulu jd pekerja stor & ujian2 dr Dato.
6. Mslh bile anak2 berkumpul dgn sepupu2 mereka atau bile berada dlm fmly bsr ialah mereka akn persoalkn xde mainan itu ini, xde gajet..sbb Dato x nk train ank dgn kemewahan & mudahnye klu nk dapat sesuatu.
7. Dato percaya..anak2 yg berkualiti, bagus datangnye dr didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank2. Guru2 sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru2 100% didik ank kita.
Kita cuma usaha sekolahkn ank2 dgn bagus.
8. Datin percaya setiap ank2 ade kelebihan & kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pd ank2.
~jom kita ambil yg baik2 sbg contoh berguna utk diamalkn dlm kehidupan bersama keluarga.
.moga 1 hr nanti dpt berMentor kan Dato & Datin..hehe..
*perkongsian dr Dato & Datin dlm Wanita Hari Ini 17/11/2015.

Monday 20 April 2015

♥ Kita Yang Mana Satu - Ustaz Badli Shah


 

Petikan dari penyampaian ustaz Badli Shah

1) di akhirat ade manusia yg bangkit rupanya mcm monyet. mereka adalah org yg suka fitnah.
2) bangkit dalam keadaan buta & kebingungan - mereka adalah org yg suka langgar hukum2 syariat
3) bangkit dalam keadaan bisu & pekak, mereka adalah org yg sombong dgn amalan yg sedikit. contoh sombong dgn zikirnya panjang2, puasa sunat..etc
4) mulut mengalir nanah, lidah penuh dgn benda2 mengerikan, mereka adalah yang berbeza perkataan & perbuatannya. Ckp x serupa bikin.
5) badannya penuh dgn luka2 yg besar2, kesan terkena api neraka - mereka adalah yg menjadi saksi dusta.
6) nanah busuk keluar dari kemaluan & lehernya diikat dikakinya - mereka adalah yg suka ikut hawa nafsunya - kaki zina, kaki perempuan.
7) kumpul dalam keadaan mabuk, jalan tehoyong hayang - mereka adalah yg mencegah org lain daripada melakukan kebaikan & ibadah.
8) badannya ada celaan yg dibuat daripada tembaga merah & yang sangat panas - mereka selalu mencari kesalahan org lain.
9) ada org yg keluar terjelir lidah dari belakang kepalanya - mereka adalah mereka yg suka mengadu domba - melaga-lagakan org lain.
10) tidak bertangan, tidak berkaki - mereka suka sakitkan hati jiran tetangga.
11) badan , berbentuk babi - org yg meremehkan solat.
12) perutnya mcm gunung (umpama mcm perut keldai), & penuh dgn kalajengking -org yg malas mengeluarkan zakat.
13) mulutnya mengeluarkan darah, usus terkeluar & api terkeluar dari mulutnya - org yg suka menipu dlm meniaga.
14) ada angin yg menghembus daripada badannya, bau badannya teramat busuk melebihi bangkai - org jahat yg menyembunyikan kejahatannya daripada org lain tahu.tapi dia x takut kalau Allah tahu.
15) bila mkn tidak memiliki lidah,mulutnya akan keluar kotoran2 yg bercampur darah - bila menjadi saksi dia selalu mengikut benda yg x elok = saksi palsu
16) muka hitam, matanya biru,perutnya penuh dgn api - org yg mkn harta anak yatim dgn cara yg x dibenarkan.
17) badannya penuh dgn kudis ibarat sakit kusta - org yg derhaka dgn mak bapak
18) mata buta, giginya mcm tanduk lembu jantan, bibirnya lebar sampai kedada, lidah terjulur panjang sampai ke perut, perutnya pula labuh sampai kepeha- org yg suka minuman keras.
19) ada org yg mukanya mcm bulan purnama, meniti siratanmustakim dgn begitu cepat sekali - org yg taat pada Allah.
 20) org yg putih bercahaya wajahnya & sendi2nya - kesan dari wuduk yg sempurna. Sebab tu digalakkan lebihkan had mengambil wuduk. cth jika tangan, sampai keatas sikit dari siku, kaki - gosok betul2. Nabi boleh kenal umatnya melalui tanda ini. Jadi, rajin-rajinkanlah diri utk mengambil wuduk..

Persoalannya disini : bersediakah kita menjadi salah seorang daripada diatas ini??

Info : Video dari Zonkuliah - https://www.facebook.com/video.php?v=458400524311736&comment_id=458946747590447&ref=notif&notif_t=video_reply

Tuesday 27 January 2015

♥ Ingatan buat Kita Yang Ada Anak Gadis


 
"Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis kita"
 
Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau. Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur. Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?. Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.
 
Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata.
 
Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah. Lalu saya menerjah-mengandung ke anak Puan? Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah-tak dapat dibendung lagi. Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3. Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja. Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ.
Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina. Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.
 
“Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai. Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”
 
Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur. Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya. Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya. Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah. Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.
 
Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.
 
Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini. Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
 
Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri. Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.
 
Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.
 
Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat.
 
Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.
 
Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang. Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak… Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah… Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah. Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.
 
Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.
 
  1. Bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.
  2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti.
  3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
  4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
  5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
  6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.
  7. Perbetulkan pakaiannya. Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.
 
Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.
 
Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
 
**Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
 
AJK Wanita Ikram WP

Tuesday 9 December 2014

♥ Amny Teman Ummie


Aslkm semua… cewah.. mcm la ade yg nak baca blog ni. Bukan ape, memandangkan saya tidak pernah expose anak saya pada umum… huuhuuu.. da mcm artis pulak. Semalam nak dijadikan cerita, pengasuh anak saya ada hal. Tak tahu pula apa hal dia. Kebetulan pula mak ke rumah jiran, sebab ada kematian. Jadiiiiiiiii… dengan pantas dan cargas saya siapkan barang utk bawa anak ke pejabat. Saya sudahpun pesan pada suami untuk pasangkan car seat dan masukkan stroller dalam boot kereta. Alhamdulillah… sempat sampai juga pejabat walaupun lampu minyak dah menyala.. syukur sgt2..

Alamak! Lewat 3 minit… aduhh.. dah la makanan pun belum beli lagi. Tak pe… oat masih ade.. hihihi.. Amny pun dah mula bangun. Alhamdulillah, Amny tak meragam hari ni. Ramai peminat Amny rupanya.. ramai yang dukung & main2 dengan dia.. Amny pun apa lagi, suke la dia.. asik senyum je walaupun dia tgh demam.. check suhu pun takdelah tinggi sgt.. 37.2.. Part yang paling best bila tgk Amny lepak dalam stroller sambil tgk video Lagu Jangan Jangan Adik, nyanyian Rahmah Rahmat & P.Ramlee di Youtube. Amboi2… umi panggil pun buat tak tau ye.. cubit baru tau!
Nak dengar tak lagu peberet dia? :) ce klik bawah ni... hihihi